Fakta Tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu



1 - Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2 - Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3 - Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4 - Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5 - Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6 - Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7 - Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8 - Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9 - Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10 - Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
11 - Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12 - Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13 - Lelaki menangis!!

14 - Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15 - Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16 - Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17 - Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18 - Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19 - Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20 - Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21 - Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22 - Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23 - Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24 - Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25 - Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26 - Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27 - Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28 - Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29 - Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30 - Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31 - Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32 - Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33 -  Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34 - Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35 - Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36 - Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37 - Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38 - Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39 - Kebanyakan lelaki benci gay!

40 - Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41 - Lelaki sayang ibu mereka.

42 - Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43 - Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44 - Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45 - Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46 - Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47 - Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48 - Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49 - Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50 - Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

51 - Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

52 - Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53 - Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54 - Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55 - Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56 - Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57 - Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

58 - Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59 - Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60 - Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

61 - Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62 - Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63 - Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64 - Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65 - Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66 - Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67 - Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68 - Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69 - Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70 - Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71 - Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72 - Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73 - Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74 - Lelaki terlalu banyak berfikir.

75 - Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76 - Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77 - Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78 - Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79 - Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80 - Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81 - Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82 - Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83 - Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84 - Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85 - Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

86 - Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87 - Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88 - Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89 - Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90 - Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. 





Freebies : Stripes Background Versi 3




Assalamualaikum. Hai, Hari ni aniz nak bagi freebies sikit dekat korang, Freebies Background Stripes. Kalau nak guna. Ambil je. Jangan lupa komen sekali oke?..

http://i.imgur.com/jlbBf.gif    



http://i.imgur.com/5FZAm.gif



http://i.imgur.com/ZN3bL.gif

http://i.imgur.com/NVU42.gif



http://i.imgur.com/9ppRH.gif

Freebies : Stripes background Versi 2





Assalamualaikum. Hai, Hari ni aniz nak bagi freebies sikit dekat korang, Freebies Background Stripes. Kalau nak guna. Ambil je. Jangan lupa komen sekali oke?..




http://3.bp.blogspot.com/-YPyyI2R2pHc/T55nuuK0J4I/AAAAAAAAF00/Mp-iq8XIY8Y/s1600/blue.png


http://2.bp.blogspot.com/-2nrzSHSoL9c/T55ntAOikfI/AAAAAAAAF0o/e-D9QRVDpSI/s1600/pink.png


http://3.bp.blogspot.com/-onifAKGq6uk/T55nvLXs0pI/AAAAAAAAF08/ITlYnuKFW5g/s1600/green.png


http://1.bp.blogspot.com/-2B3YntVQ7zM/T55nt54JQ_I/AAAAAAAAF0s/twcz4-xPUeo/s1600/purple.png


http://1.bp.blogspot.com/-WbiNZ9WARio/T55nzodF_7I/AAAAAAAAF1I/RezhUh3k2IQ/s1600/orange.pn











Cara Buat Blogskin



Petang  ini aniz nak buat tutorial macam mana nak download Blogskin…??

Bagi  siapa  yang tak tau lagi ikut step kat bawah ini, okay??

Jom ikut step di bawah…

1.  Click Sini

2.  Pilih mana-mana skin yang korang suka.

3.  Contohnya, aniz pilih yang ini.





4.  Lepas tu, korang scroll ke bawah. Then,korang akan Nampak macam ini..

5.  Dah jumpa?okayy bagus, then korang clik dekat kotak yang aniz warnakan merah.




6.  Tunggu beberapa saat untuk download.




7.  After download, nanti akan keluar macam ini,,

     Korang copy sahaja code tu dan paste dekat blog korang…dah siap..




Semoga berjaya....

Freebies : Stripes background Versi 1






Hai semua, hari ini saya nak kongsi dengan korang, jenis Stripes Background yang comel…

Nak x? Nak x?

Kalau nak ambil laa…


http://3.bp.blogspot.com/-7SnVV7ATaR8/T2m3QcFfd3I/AAAAAAAABEM/wLuCRvf1qEg/s1600/background1.png

http://3.bp.blogspot.com/-zMMohofPmyc/T2m3exW_6LI/AAAAAAAABEU/XPplUkEQXR4/s1600/background2.png

http://2.bp.blogspot.com/-aVZom7jTwOQ/T2m3qLgf4HI/AAAAAAAABEc/K4wkaRcFPPQ/s1600/background3.png

http://4.bp.blogspot.com/-vYC_v_C7Z9o/T2m3-7DO39I/AAAAAAAABEs/opWcUReY13g/s1600/background4.png

http://1.bp.blogspot.com/-DNM2M13hOrI/T2m4LRA8GiI/AAAAAAAABE0/VhQpTm_CIIo/s1600/background5.png

http://1.bp.blogspot.com/-fh-LiGaFlS4/T2m4Y-EeHLI/AAAAAAAABE8/NYR496D7HNY/s1600/background6.png

http://1.bp.blogspot.com/-pzwpTBvt56c/T2m4k__enTI/AAAAAAAABFE/LeyH5sES238/s1600/background7.png

http://3.bp.blogspot.com/-WXm6pKiyMes/T2m5p0TB1aI/AAAAAAAABFM/tNQTRJCUI8A/s1600/background8.png

http://3.bp.blogspot.com/-iHKuHAl8Nrg/T2m51qyg7wI/AAAAAAAABFU/QpViMO6Ukzg/s1600/background9.png

http://1.bp.blogspot.com/-XMywZ7VOBGA/T2m6PENTOSI/AAAAAAAABFk/LDnuePdKYcs/s1600/background10.png

http://1.bp.blogspot.com/-nU5p_-WNtUg/T2m6msD_dSI/AAAAAAAABFs/RgvtT2lo0UY/s1600/background11.png

http://2.bp.blogspot.com/-hJu2Os2JTDA/T2m7NhpWxgI/AAAAAAAABF0/NrSG7BlZbA0/s1600/background12.png

http://2.bp.blogspot.com/-a0B66tzo8_A/T2m7bLMZPNI/AAAAAAAABF8/tmrDVInKya4/s1600/background13.png

http://1.bp.blogspot.com/-KnsQF4DMAOs/T2m7vjfeAuI/AAAAAAAABGE/jt_A3Rr8uds/s1600/background14.png










18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki




1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
9. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
10. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
11. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
12. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
13. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
14. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
15. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
16. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
17. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
18. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

Copy & Paste Dari Internet










Simbol - Simbol Comel





☺ ☹ ☻ シ ッ ツ ヅ Ü  ϡ ❤ ♡ ✽ ♀ ღ ۝ 유 웃 ❧ ❦ ❥ 

❣ ♥ ✾ ✿ ❀ ❁ ❃ ❊ ❋ ✣ ✤ ⋆ ★ ✵ ✴ ✲ ✱ ✰ ✯ ❉ ❂ ✧ ✦ 

 ☆ ✶ ✷ ✸ ❇ ✩ ✪ ✹ ✺ ✻ ✼ ❈ ☾ ☽ ☼ ☄ ☃ ☂ ☁ ☀ ϟ 

❆ ❅ ♪ ♩ ¢ ✹ ♪ ♩ ✁ ✔ © ™ ✒ ♬ ♔ ☮ ♛ ♌ ♍ 

♬ ✎ ☎ ✖ ♒ ♭ ☂ ☃ ♈ ❖ ✈ ☯ ◕‿◕ ♨ 


Ѧᾰ ℬ♭ ℂḉ Ḓⅾ ℰℯ ℱḟ ℊ❡ ℋℎ Її Ⓙʝ ₭к ℒℓ ♏Պ 


ℕη ☮⍥ ℙ℘ ℚҩ ℛԻ Šṡ ₮☂ Ṳυ Ṽṽ ₩ω Ẍ✖ ㄚ⑂ Žℨ

zZ ʎʎ xX ʍM ʌΛ n∩ ʇ⊥ sS ɹɹ bb dԀ oO uN
 աW lႨ ʞʞ ɾɾ ıI ɥH ƃƃ ɟℲ ǝƎ pp ɔɔ qq ɐ∀

Ⓐⓐ Ⓑⓑ Ⓒⓒ Ⓓⓓ Ⓔⓔ Ⓕⓕ Ⓖⓖ Ⓗⓗ Ⓘⓘ Ⓙⓙ Ⓚⓚ


Ⓛⓛ Ⓜⓜ Ⓝⓝ Ⓞⓞ Ⓟⓟ Ⓠⓠ Ⓡⓡ Ⓢⓢ Ⓣⓣ Ⓤⓤ Ⓥⓥ

 Ⓦⓦ Ⓧⓧ Ⓨⓨ Ⓩⓩ

Ạạ ḅḅ ḉḉ ḍḍ ḙḙ ḟḟ ḡḡ ḥḥ ḯḯ jj ḳḳ ḷḷ ṃṃ ṇṇ ợợ

 ṗṗ qq ṛṛ ṣṣ ṭṭ ụụ ṿṿ ẉẉ ẋẋ ỵỵ ẓẓ


١ ٢ ٣ ٤ ٥ ٦ ٧ ٨ ٩ ١٠ ١١ ١٢ ١٣ ١٤
١٥ ١٦ ١٧١٨ ١٩ ٢٠٢١٢٢ ٢
٣ ٢٤ ٢٥ ٢٦ ٢٧ ٢٨ ٢٩ ٣٠ 


Novel Kampung Girl

Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang  jadi pilihan hati mummy?!

Novel Kampung Girl Karya Umi Kalsom atau nama sebenar Kalsom Binti Rahmathulah. Seusia 22 tahun dah boleh menghasilkan novel yang baik. Bila dah baca Novel setebal 547 muka surat ini tidak mengecewakan.
Sinopsis Dari Kulit Novel Kampung Girl
PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.

‘’Orang tak nak kahwin  dengan budak kampong tu… mummy jangan paksa Ash! – Ashraf Khairi.

‘’Ain akan kahwin dengan Abang Ash!’’ – Ainnur. 
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

            Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.  

‘’Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke Bandar nak cari calon suami?’’ – ashraf khairi.  
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.  

            Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa…kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri ainnur merupakan titiuk tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf. 

‘’Ash nak ajak dia beli cincin tunung.’’-Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diatur merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semekin hamper mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.  

‘’And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku Nampak macam orang bodoh?’’ – Ashraf Khairi  

           Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahya.  

           Kesudahannya… Ashraf makin membenci? Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki Bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci? 
BAB 1
PANGGILAN telefon yang diterima sebentar tadi seolah-olah mampu membuatkan nafasnya terhenti.  Perkara yang begitu dielak selama ini akan terjadi juga dalam hidupnya.

           Arg!!!  Rasa nak menjerit hingga terkeluar anak tekak. ‘mummy tak patut!’ sahut hatinya.
Pantas saja dia mencapai telefon yang dicampakkan ke atas sofa tadi.  Nombor telefon seseorang diadail dan talian telah disambungkan.  Hatinya resah dan gelisah.  Siapa yang hendak mendengar keluhan dan kesah di bibirnya?

           ‘’H elo…Adam’’ ucapnya gopoh.

           ‘’Ini akak, Ash. Abang Adam tertinggal handphone.  Kenapa? Ada benda penting ke?’’ Suara kakak iparnya, Latifah menampar cuping telinga.

           ‘Alahai Adam! Kenapa waktu inijuga yang kau nak tertinggal telefon?’  Sungutnya dalam hati.  Sudah mula ada rasa tidak tenteram di situ.

           ‘’Oh, Kak Pah… tak apalah, nanti Ash telefon balik.  Aiman tengah buat apa, kak?’’  Sempat lagi dia merisik tentang anak buahnya yang lincah itu.

           ‘’Tidur…penat sangat bermain.  Tak apa, nanti akak bagitahu abang, Ash call, okey?’’

           ‘’Thanks, akak.’’  Talian sudah dimatikan.  Badanya sudah disandarkan lesu di atas sofa di dalam pejabat itu.

           Aduh!    Masalah sungguh.     Siapa yang minta dicarikan calon isteri?  Aku tak ada buka mulut pun pasal isu perkahwinan ini.  Mummy memang sengaja tau!  Mana yang dia tidak suka, yang itulah mummy hendak.  Bikin hati gua resah, gelisah saja.  Mana nak lena tidur malam macam ini?

           Ainnur....

           Nama gadis yang meniti corong telinganya.  Ainnur?  Aduh.  Lagilah rasa hendak lari berekar jauhnya.  Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga jadi pilihan hati mummy?  Aku tak nak!  Aku tak suka!



‘’MUMMY, this is seriously unfair!  Kenappa Abang Adam boleh kahwin debgan pilihan sendiri tapi Ash tak boleh?’’  Suara Ashraf bergema di dalam bangle tiga tingkat itu..sedaya yang boleh dia hendak menidakan keputusan  yang telah dibuat oleh mummynya, Puan Mazlin.

            ‘’Kenapa pula tak boleh? Mummy berkenan dengan budak itu..  lagipun,  bukannya orang lain,  sepupu kamu juga… kenapa pula tak nak dengan budak Ainnur tu?  Ashraf… budak tu baik tau!’’

            ‘’Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa  Ash!’’  Buat sekian kalinya Ashraf menghamburkan jawapan yang sama dari bibirnya.

            ‘’Nak ke… tak nak ke… kena nak juga! Mummy dah pergi meminang pun. Kamu jangan nak banyak bunyi.  Suruh cari sendiri, tak nak…  sekarang ini, kamu ikut saja cakap mummy.’’ Puan Mazlin menoktahkan bebelan.
Wajah Ashraf yang sudah terkrdu itu dipandangnya lama.  Entah apa masalah anak bongsunya ini,  disuruh berkawan dengan budak perempuan…  seribu satu alasan dia bagi.  Tersilap hormone ke?  Nak kata minat kaum sejenis… hesy!  Nauzubillah…  insya-Allah,  anak aku masih straight orangnya.  Tapi kenapa susah sangat nak ngam dengan perempuan?  Muskyil sungguh Puan Mazlin.

           ‘’Daddy…  tengoklah mummy ni….’’  Ashraf yang lama terdiam,  tiba-tiba bersuara dan cuba meraih simpati daddynya, Tuan Shahir.

           ‘’Ikut sajalah cakap mummy. Daddy pun dah tengok Ainnur tu…Nampak padan dengan kamu, Ash….’’
Jawapan Tuan Shahir hanya membuatkan Ashraf makin tercekik.  Mereka laki bini sudah berpakat hendak membinikan aku dengan budak kampung itu.  Di mana keadilan dalam dunia ini kalau aku dipaksa rela untuk melakukan sesuatu di luar hasrat dan keinginan hati sendiri?

           ‘’Ash tak nak!”  Ashraf masih lagi dengan degilnya.

           “Ashraf Khairi!!!’’ Nak terus pitch suara Puan Mazlin.  Budak seorang ini benar-benar menguji kesabarannya. 

           Mummy tak nak dengar perkataan tak nak dari mulut kamu.  Esok kita nak pergi tengok Ainnur…and that’s it!’’

            Ashraf sekali lagi mati kata-kata.  Mummy tidak pernah bertindak sesuka hati dalam halnya.  Tidak pernah sama sekali mummy memaksa anak-anak melakukan perkara yang mereka tidak suka.  Mummy seorang ibu yang sangat memahami jiwa anak-anak, tapi sekarang apa sudah jadi?

            ‘’Mummy…Ash tak nak!” rayunya lagi.

            “Jangan degil mummy kata.”

            Sekali lagi jawapan Puan Mazlin mengecewakan Ashraf.  Susah nak bercakap kalau tiada sokongan yang kukuh.  Adam! Dialah satu-satunya harapan yang Ashraf ada.  Dia perlukan sumbangan ikhlas berbentuk pujukan daripada Adam supaya mengubah keputusan Puan Mazlin.

             Gila!  Takkn mungkin aku berkahwin dengan budak kampung itu.

            ‘Persidangan’ kecil yang dihadiri oleh tiga orang manusia itu dibubarkan.  Puan Mazlin dengan Tuan Shahir awal-awal lagi sudah Memanjat tangga ke bilik mereka.  Tinggallah Ashraf bersendirian, berteleku di ruang tamu.  Bila otak tengah stress macam ini, terasa hendak melakukan yoga pula.  Mungkin boleh tenangkan sedikit mindanya.

            ‘Dei! Nak tenang pergi ambil wuduk dan solatlah.’

             Mata Ashraf yang baru saja hendak terkatup untuk memulakan sesi yoga, kembali terbuka luas.  Solat.   Hajat! Terus dia berdiri tegak dan memulakan langkah untuk sampai ke bilik.  Ujian apakah yang ditulis buat dirinya?  Seawal usia dua puluh lapan tahun , dia sudah dipaksa untuk menamatkan zaman bujangnya.

            ‘Awal ke dua puluh lapan tahun tu?’ desis hatinya sendiri.

            ‘Awal la!  Aku belum puas hidup membujang!’  sahut hatinya laju.

            “Mummy dah beri beberapa tahun untuk Ash cari calon sendiri…  tapi apa yang Ash bawa balik rumah?  Hari-hari fail tebal.  Hari-hari sibuk meeting sana-sini.  Dah mengalahkan daddy pula busy kamu ni…  bilanya nak kahwin kalau macam ni?”

            Bebelan Puan Mazlin terngiang-ngiang di telinga.  Huish! Tidak tenang langsung telinganya.  Dah macam tape rosak, asyik mengulang-ulang ayat itu saja dalam kepalanya.

            Niat asal untuk menunaikan solat hajat seakan terbantut. Terus sahaja langkahnya dipanjangkan kea rah katil.  Dapat baring atas tilam yang empuk ini pun best juga.  Tangannya didepankan luas memenuhi ruang katil itu.
Kalau kahwin, kena kongsi bilik.  Kongsi katil.  Kongsi…  errr…  terkelu lidah Ashraf sebentar.  Macam-macam nak kena kongsi.  Salah satu sikapnya yang terbawa-bawa dari kecil, dia tidak suka berkongsi  barang miliknya, lebih-lebihlagi dengan si budak kampung itu.  Selalu, kalau mereka balik kampung untuk beraya, ada saja barangan miliknya yang akan menjadi igauan Ainnun.

           Tak faham betul aku!  Barang aku, kenapa dia suka sangat?  Aku tak suka orang suka-suka kat barang yang aku suka.

           ‘Dei! Berapa banyak suka daaa….’

           ‘Suka hatilah!

           Minda Ashraf sudah berselirat.  Badanya yang tergolek-golek di atas katil tidak membantu untuk menyelesaikan apa-apa masalah.  Bertambah sesak adalah!

           “Esok kita tengok Ainnun!”

            Ayat Puan Mazlin kembali menyapa mindanya.  Eh, tunggu sebentar! Kenapa ayat itu seolah tidak tercerna dalam otak aku tadi? Esok…
Seakan tersedar tentang sesuatu.  Esok pergi tengok Ainnun?  Esok nak pergi utara?  Apa mummy aku tengah fikir ini?  Jangan nak buat gila.  Aku takkan ikut sebab esok aku ada appointment dengan klien penting syarikat.  Tak ada maknanya aku nak buang masa pergi ke utara semata-mata nak kena tengok  si budak kampung tu.  Kampung girl yang sememeh.  Mesti habis SPM dah praktis siap untuk jadi calon isteri mana-mana lelaki.  Budak kampung yang tipikal.

             Hanya kutukan lahir dalam hatinya.  Foto yang dihulurkan oleh Puan Mazlin tadi tidak dialihkan langsung.  Dibiarkan saja terkubur di dalam sampul surat putih itu.  Disebabkan hatinya tidak ingin dengan budak kampung itu, langsung dia pun tidak teringin hendak menatap wajah yang sudah lama hilang dari bayangan mindanya.
Ainnur! Aku tak tengok pun dah boleh agak sikit-sikit macam mana rupa kau.  Mesti macam nenek kebayan! Dengan kain batik dan baju kurung kedah yang seringkali tersarung di tubuh Ainnur, sedikit pun tak ada beza dengan nenek tua, muka budak kampung itu.

             Sedar tak sedar, dalam mengutuk mengata Ainnur akhirnya Ashraf terlena dibawa mimpi jauh nun ke utara.


Dan teruskan membaca DISINI